Sunday, Dec 21st

Last update11:40:40 AM GMT

pt>


You are here

Semakin Ramai Keluar UMNO

E-mail Print PDF

Bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Banggi, Datu Abdul Salam Datu Harun mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) pagi tadi di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri perkarangan pejabat parti itu di Kudat, Sabah.

Datu Salam yang juga merupakan bekas ADUN Benggkoka menyatakan pendiriannya di hadapan lebih 6,000 hadirin seraya menyatakan 'negeri Sabah sudah merdeka tetapi rakyatnya belum merdeka!' Lawan Tetap Lawan.

Turut berada semasa pengumuman tersebut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, pengerusi majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli majlis pimpinan negeri Ansari Abdullah dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Keluarga Datu Salam merupakan keluarga paling berpengaruh di Kudat dan kesan penyertaannya akan terus dapat dilihat apabila para penyokong dan ahli Umno yang kecewa dengan perjuangan parti itu akan menyertai KEADILAN sedikit masa lagi.

Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan bahawa selama Sabah diperintah Barisan Nasional (BN) pembangunan yang dinikmati hanyalah dapat diperolehi oleh kroni yang rapat dengan pemimpin Umno sedangkan rakyat yang mengundi mereka terus terpinggir dari arus pembangunan hingga bekalan air paip bersih pun masih belum disiapkan.

Justeru beliau menyeru penduduk Kudat agar segera sedar dari penipuan BN dan mengundi calon Pakatan Rakyat tanpa rasa ragu kerana merekalah yang akan berusaha mengubah nasib rakyat yang tidak pernah dilakukan pemimpin Umno selama ini.

Anwar dalam ucapannya pula mengucapkan tahniah kepada Datu Salam kerana memilih perjuangan KEADILAN sebagai wadah baru bagi menyelamatkan Sabah dari terus terperosok dalam paras kemiskinan paling tinggi di negara ini.

Sambil menempelak pembaziran yang dilakukan Umno dan BN, Anwar turut mengingatkan bahawa kali ini peluang Pakatan Rakyat sangat cerah menguasai Putrajaya sekaligus mengembalikan hak-hak yang terkandung dalam Perjanjian 20 perkara semasa Sabah menyertai Malaysia 49 tahun lalu.

Dengan perkembangan terbaru ini, Umno pasti akan merasa bahang kemaraan Pakatan Rakyat di utara negeri ini yang bersempadan dengan Filipina dalam pilihanraya umum akan datang.