Tuesday, Oct 21st

Last update11:40:40 AM GMT

pt>


You are here

Berita Pakatan Rakyat

Berita-berita pakatan dan arkib pakatan rakyat.

CARA SEX DIGUNAKAN LAGI UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT !!!

Kali ini video dan gambar pemimpin PAS MUSTAPHA ALI sedang melakukan sex dengan seorang perempuan tersebar luas di media sosial dan internet.

Perempuan ini sah telah diajar bagaimana untuk mengambil gambar secara sembunyi dan dimana tempat yang perlu meletak kamera semasa masuk bilik supaya segala perbuatan dan hubungan sulit boleh di rakam secara jelas..  HEBAT SUNGGUH KUMPULAN INI ... Ko orang ingat itu satu pujian ker .... INGATLAH BAHAWA SETIAP PEKERJAAN JAHAT AKAN DIBALAS OLEH ALLAH .... 

Hebat sungguh permainan POLITIK zaman sekarang .... Siapakah yang bertanggungjawab untuk membuat perkara yang terkutuk ini ???? 

Sanggup mengajar cara mengambil video secara sulit. 

Sanggup mengajar dimanakah perlu meletak video tersebut.

Sanggup membayar dan sanggup untuk menyuruh melakukan hubungan SEX dengan mangsa.

Persoalan saya pula ialah takkan MUSTAPHA ALI sanggup melakukan HUBUNGAN ZINA ????


USTAZ AZIZAN UGUT MASUK UMNO ???

Bacalah apa yang dikatakan dalam blog-blog pro PAS. Sedih bagi penyokong PAS dan berita gembira bagi penyokong UMNO. Walau apa pun itulah kehendak rakyat belum pun mula pertandingan ramai pemimpin sudah dijangka akan KALAH ....  BERTAMBAH SENGITLAH PERTARUNGAN ANTARA PENYOKONG BASHAH DAN MUKHRIZ BILA HAMPIR KOMPOM NEGERI KEDAH AKAN JATUH KE TANGAN BN.

Kepada HEMLI YAHYA .. ko akhirnya terpaksa cari kerja lain ... SYUKUR ALHAMDULILLAH.  Aku masih INGAT LAGI KATA-KATA engkau satu masa dulu (tahun 2008)..., " . KENAPA AKU PERLU TOLONG ORANG-ORANG KEDAH  (RAKYAT KEDAH) ???? ".  

Bacalah petikan dari blog Tulang Besi ...

Sesungguhnya Tulang Besi amat berat hati hendak menulis perkara di bawah ini. Namun, Tulang Besi terpaksa tulis kerana apabila jatuhnya negeri Kedah kelak, pembaca akan kembali pada blog Tulang Besi dan membaca amaran yang telah diberikan oleh Tulang Besi sebelum bencana berlaku

Dalam kita berhempas pulas melawan dan menghinjak UMNO, sesetengah pimpinan PAS lebih suka bekerja menguntungkan UMNO. Penyokong dan pendokong berkorban wang, masa dsbnya tapi pimpinan atasan berbuat sesuka hati mereka ke arah kehancuran parti.

Hari tu kita baca bagaimana Hashim Jasin telah menyerahkan negeri Perlis pada UMNO. Beliau sanggup menolak Juanda Jaya sebagai calon Parlimen Kangar walaupun beliau tahu tindakan tersebut boleh menjatuhkan UMNO di Perlis dan menguntungkan PAS.

Yang terbaru adalah bagaimana Negeri Kedah pula akan diserahkan kepada UMNO.

Penentangan kepada Ustaz Azizan Razak telah sampai tahap yang cukup kronik. Belum pernah akar2 umbi PAS di Kedah berdemonstrasi secara terbuka meminta Ustaz Azizan tidak dicalonkan semula sebagai Menteri Besar Kedah.

Ustaz Azizan secara effisien telah melumpuhkan jentera PAS Kedah. Pokoknya majoriti pimpinan2 PAS di Kedah menolak Ustaz Azizan sama sekali.

Itu tidak termasuk para AJK PAS Pusat serta ahli2 Dewan Harian yang menyuarakan peri pentingnya Azizan digugurkan.

Di samping itu, pengundi-pengundi Cina dan India sudah menyatakan sikap mereka menolak kepimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Mereka berjanji akan mengundi UMNO/BN di peringkat negeri sekiranya PAS mengekalkan Azizan.

Di tambah dengan tindakan UMNO yang bakal mencalonkan anak Mahathir sebagai calon MB Kedah. Ia mampu menarik sebahagian undi Melayu yang selama ini menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Itu kita belum cerita kesah Ustaz Azizan yang sering sakit dan sudah pun mencapai tahap tidak mampu melakukan kerja beliau dengan baik dan amanah. Kesihatan Azizan jelas menjadi halangan kepada beliau untuk menjadi MB Kedah.

Namun, Presiden dan Mustafa Ali masih terus berdegil. Mereka masih terus mahu mengekalkan Ustaz Azizan sebagai calon Menteri Besar Kedah walaupun tanda-tanda penolakan kepada Azizan ini semakin jelas kelihatan.

Alasan yang diberikan adalah Azizan telah membuat ugutan bahawa sekiranya dia tidak dicalonkan semula, Azizan akan isytihar masuk UMNO.

Adalah sungguh mustahil perkara seperti ini akan berlaku kerana UMNO pun tak hingin dengan Ustaz Azizan Razak ini. Kalau Azizan mahu masuk UMNO, ia adalah petanda Azizan ini bukan seorang yang ikhlas dalam perjuangan. Kemasukan Azizan tidak akan mencacatkan PAS walau sedikit.

Atas sebab ini jugalah mungkin ada benarnya khabar yg Tulang Besi dengar bahawa Daim Zainuddin menjangkakan bahawa negeri Kedah akan jatuh ke tangan UMNO dan Barisan Nasional.

Dengan ini, sudah dua negeri pimpinan PAS telah hadiahkan kepada UMNO dan Barisan Nasional: Perlis dan Kedah.

Negeri ketiga yang menjadi hadiah kepada UMNO adalah Terengganu, tapi ceritanya panjang dan tidak cukup masa di sini.

TULANG BESI

http://www.malaysiawaves.net/2013/04/kedah-sudah-selamat-dalam-tangan-umno.html

ANWAR PM BARU !!!!

Rakyat hari ini sudah membuktikan bahawa mereka dahagakan PERUBAHAN di MALAYSIA. Bayangkan bila banner PERDANA MENTERI BARU sudah mula berkibar di setiap pertemuan dan aktiviti yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013 anjuran Dong Jiao Zong melihatkan bagaimana Najib cuba mengelak dari bertembung dengan Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7 (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di New Era College, Seksyen 10, Jalan Bukit, Kajang Selangor pagi tadi. 

Walau bagaimana pun namun kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013 anjuran Dong Jiao Zong terasa bila ketibaan Anwar Ibrahim dan selepas kepulangan Najib. 

Yang paling nyata ialah banner-banner "I LOVE PM" di tukar kepada 'I LOVE NEW PM" .... INSYAALLAH HASRAT RAKYAT MALAYSIA AKAN TERCAPAI DALAM TEMPOH YANG TERDEKAT INI .... AMIN 


Ahli Pakatan Rakyat semakin ramai ....

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Mohd Nahwari Hashim, menuruti langkah beberapa bekas pemimpin tertinggi kerajaan dan menjadi ahli PAS, yang mana dilihat akan memberikan kelebihan kepada PAS dalam usaha mereka menarik sokongan pengundi.

Dipetik portal Harakahdaily, Mohd Nahwari berkata, penyertaannya ke dalam PAS disebabkan minatnya dalam agama, dan golongan sepertinya itu tidak boleh dipisahkan daripada PAS.

“Saya dah lama nak menyertai PAS ... dan hari ini secara rasmi saya menyertainya,” katanya yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Saya minat agama, dan tak boleh lari dah, orang minat kepada agama mesti memilih PAS.”

Borang keahliannya telah diserahkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dengan disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan Merdeka Rakyat di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi.


Jejak Mohd Nahwari itu terlebih dahulu telah dilakukan oleh beberapa lagi pegawai tertinggi kerajaan.

Sebelum ini, tiga bekas pegawai kanan kerajaan menyerahkan borang keahlian menyertai PAS iaitu bekas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Abd Rahman Taib.

Manakala seorang lagi adalah bekas Pengarah Sumber Manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga pernah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Yusuf Hassan.

PAS dilihat semakin agresif dalam merekrut bekas kakitangan tertinggi kerajaan menyertai parti Islam itu apabila bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia turut menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu pada Jun lalu.

Ahmad Zabidi Shamsuddin telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun, dengan 10 tahun beliau diletakkan di Kementerian Pelajaran, dan pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Malah bekas pegawai tinggi dalam angkatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari turut telah menyertai PAS dan menjadi ahli seumur hidup.

PAS dilihat mula merekrut golongan professional bekas pegawai kerajaan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan mereka menerima sokongan pengundi Melayu dengan pilihan raya yang hanya berbaki enam bulan sahaja lagi sebaik sahaja mandat Barisan nasional (BN) tamat April 2013.

Sebelum Zabidi, Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof telah pun menyertai PAS awal bulan lalu.

Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut.

RAMAI USAHAWAN MULA MENAJA PAKATAN RAKYAT

 Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September lalu.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden PKR, Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

Rakyat dan usahawan Malaysia sudah mula mempercayai dan yakin bahawa PAKATAN RAKYAT akan menang dalam Pilihanraya UMUM ke 13 (PRU 13).

Pakatan Rakyat dalam kedudukan terbaik untuk menang PRU-13

Oleh kerana NAJIB sudah gagal menaikkan semangat rakyat dan ahli UMNO walaupun berbillion duit ditabur sana-sini. Namun hakikatnya dari sehari ke sehari PRU 13 ditangguh kerana UMNO dan BN sudah pasti kalah jika diadakan pilihanraya sekarang.

PAKATAN MAMPU TAWAN PUTRAJAYA

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.

Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu semalam.

Dayangku Intan SAH Sertai PKR!

TERKINI!!


Di celah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.

Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernah menggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.

Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia.

Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai 2007, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.

 

Sejarah Kerjasama UMNO-PAS

Ada teori yang mengatakan bahawa kelahiran Pas adalah dari tulang rusuk Umno seumpamanya terciptanya Hawa dari tulang rusuk Adam a.s. Atas dasar ini Pas sebagai ‘anak’ kepada Umno tidak sepatutnya menentang bapa atau ibu yang ‘melahirkannya’. Al-Quran dengan jelas membenarkan anak menentang bapa ibu sekiranya bapa ibu menentang Allah SWT.

Atas dasar inilah Ketua Biro Agama Umno Ahmad Fuad bertindak keluar dari Umno dan menubuhkan Pas. Asas tindakan Ahmad Fuad adalah beliau tidak setuju apabila Umno (di bawah Tengku Abdul Rahman) memperkenalkan dan menghalalkan judi atas nama Loteri Kebajikan Masyarakat. Mana mungkin sesuatu yang haram boleh bersifat ‘kebajikan’. Atas kesedaran yang sama, apabila Najib menghalalkan judi, sepatutnya ‘ulama-ulama’ dalam Umno secara berbondong-bondong keluar Umno dan mengisi borang keahlian Pas.

Walaubagaimanapun, sejarah politik Malaysia memperlihatkan kepada kita bahawa kerjasama antara Umno-Pas memang betul-betul berlaku pada tahun 1973 atas nama Kerajaan Campuran di Kelantan; akhirnya Pas juga menyertai Barisan Nasional. Kerjasama ini terbentuk hasil dari Peristiwa 13 Mei 1969, di mana kelangsungan politik Melayu dikatakan tercabar.

Maka Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu memohon bantuan dari Dato’ Asri, Yang Dipertua Pas. Hasil daripada beberapa perbincangan dan mesyuarat, maka wujudlah kerjasama yang dimaksudkan. Apa yang hendak ditekankan di sini ialah dalam keadaan yang begitu tersepit, Umno masih mempamerkan ketidakikhlasan mereka semasa merunding kerjasama politik ini.

Ketidakikhlasan Umno dalam rundingan ke arah kerjasama politik dapat dihidu oleh Pas apabila tersebar kenyataan tertutup Tun Abdul Razak dan Mohd Khir Johari bahawa dengan kerjasama ini Pas akan lemah kerana Pas ‘akan masuk kain sarung Umno’. Kenyataan tertutup Tun Razak dan Mohd Khir Johari ini dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas pada 24 November 1972.

Berikutan dengan ini, Dewan Ulama Pas mengadakan Muzakarah Khas dengan para ulama seluruh Negara pada 4 Disember 1972. Hasil mesyuarat mendapati 9 ulama yang mengharamkan kerjasama dan 14 mengharuskannya.

Berpegang kepada keputusan inilah Dato’ Asri berhujah secara bersungguh-sungguh dalam ucapan dasarnya di Mesyuarat Agung Tahunan Pas ke-18 yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28 dan 29 Julai 1972. Dalam  Mesyuarat Agung Tahunan ini, satu usul telah diterima oleh perwakilan memberi mandat kepada Jawatankuasa Agung Pas merunding kerjasama dengan Umno dengan syarat ia tidak mengorbankan prinsip-prinsip perjuangan Pas. Akhirnya usul ini dilulus dengan 142 perwakilan menyokong, 50 membangkang dan 16 berkecuali.

Apabila terbentuknya Kerajaan Campuran, sekali lagi Umno memperlihatkan ketidakikhlasannya dalam peristiwa pelantikan Menteri Besar baru Kelantan yang melibatkan Dato’Mohd Nasir, kerana pada pandangan Umno Mohd Nasir senang dimanipulasi bagi memenuhi tujuan politik Umno. Hasilnya berlakulah pergolakan dalaman Pas dan berakhir dengan peristiharan darurat oleh Kerajaan Pusat. Mohd Nasir keluar dari Pas dan menubuhkan parti baru iaitu BERJASA. Sebagai protes, Pas menarik diri dari bekerjasama dengan Umno.

Dalam pilihanraya Dun Kelantan pada 1978, Pas mengalami kekalahan yang teruk dan Umno mengambil alih pentadbiran Kelantan. Peristiwa ini amat menepati kenyataan tertutup Tun Razak dan Mohd Khir Johari yang dirujuk sebelum ini iaitu dengan terbentuknya kerjasama politik maka Pas akan lemah dan “masuk dalam kain sarung Umno!”

Kecurigaan Pas dalam konteks kerjasama Umno-Pas amat difahami kerana tindak-tanduk Umno memberi isyarat sebaliknya. Ahli-ahli Pas juga cukup arif dengan Hadis yang menyebut bahawa orang beriman tidak akan membiarkan diri  mereka dipatuk oleh ular yang sama juga dalam lubang yang sama.

Perpecahan umat Islam berlaku sepanjang sejarah Islam. Para Rasul Allah senantiasa dilabel oleh penentang-penentang mereka sebagai individu yang bertanggungjawab memecah-belahkan masyarakat kerana ajaran yang dibawa oleh para Rasul. Adalah mustahil untuk kita katakan bahawa dalam hal ini para Rasul Allah yang maksum berada di pihak yang bersalah. Pas sebagai sebuah gerakan Islam yang didokong oleh para ulama adalah merupakan  salah satu mata rantai (pewaris) dari perjuangan para Rasul Allah ini.

Mereka yang menggunakan hujah ‘perpecahan masyarakat Islam’ selalunya merujuk kepada firman Allah Surah Al-Imran, ayat 103 yang bermaksud : “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai…” Mesej daripada ayat ini amat jelas.

Perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya umat Islam tidak ‘berpegang teguh’ kepada Islam. Apa yang dimaksudkan dengan ‘berpegang teguh’ dengan agama Islam ialah meyakini dengan sepenuh keikhlasan tentang kebenaran ajaran atau syariat Islam.

Tidak ada keraguan sebesar zarah pun dalam hati umat Islam tentang kebenaran syariat Allah kerana Allah yang maha Bijaksana.

Dalam hal ini Umno nampaknya berdepan dengan masalah. Adanya segolongan orang Islam yang kurang yakin sepenuhnya dengan syariat Islam dan dalam saat yang sama adanya segolongan orang Islam yang yakin sepenuhnya dengan syariat Islam akan menjadi sebab-musabab berlakunya perpecahan dalam masyarakat Islam.Faktor asas bagi menjamin kerjasama dan seterusnya perpaduan Islam ialah keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap syariat Islam dan keikhlasan dalam hal ini perlu dibuktikan dengan perbuatan. Selagi initiatif ke arah ini tidak berlaku maka selagi itulah perpecahan dalam masyarakat Islam akan berlaku.

 

Sedutan Rencana di atas ditulis oleh Wan Abdul Rahman, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. Rencana penuh boleh diperolehi daripada akhbar Harakah, bilangan 1563

Page 1 of 2

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »








Pilihanraya Umum ke13

Malaysia Baru Parti manakah yang takut pada Angka 13 dan kenapa ...? Adakah rakyat berpuas hati selama 54 tahun ini?

Undi kerana ... ?



Adakah anda mengundi kerana tanggungjawab atau kerana menerima habuan .. ?

Pilihan Rakyat

Voting GE 13 Pilihlah Pemimpin yang utamakan agama dan rakyat ... SIAPAKAH MEREKA?

Perubahan di Malaysia

Sokong Untuk perubahan Malaysia Baru Perlukah kita membuat perubahan di Malaysia? Tepuk dada tanya selera ...

Follow us

Follow us